Monday, 16 January 2017

TERIMA DIRI DIA SEADANYA

Kata ramai lelaki,
tak suka perempuan bersolek dan berhias. Katanya biar cantik natural beauty.

Tapi hakikatnya mata rambang melihat gadis-gadis
berhias. Mahu yang cantik-cantik yang berisi, tak cantik di pandang sepi.

Perempuan, kata
cukuplah dia boleh jadi pembimbing ke jalanNya.

Hakikatnya memandang pada rupa paras dan poket yang tebal.Betul untuk menjamin masa depan, tapi masa senang sahaja.Ketika susah ?

Jadi di mana konsep
terima seadanya kerana Allah?

Jika di tanya pada sesiapa sahaja, mesti semua mahu yang sempurna seperti apa yang di tonton di kaca televisyen.

Padahal manusia itu tidak sempurna.

Jangan terlalu memilih, terimalah dia seadanya.
#tulipungu
#sakuraApril
#arianaerynna

Monday, 2 January 2017

"HATI"



Ketika usia remaja,
cintalah yang di kejar tanpa lelah.
Semakin dikejar semakin dia menjauh.

Di uji dengan soal hati.
Umur masih muda, tetapi hati sudah tua terluka dari pelbagai sudut.